Profil Jabatan


Latar Belakang

Sejarah penubuhan PPPNS bermula pada tahun 1969 berasaskan kepada idea Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia Kedua. Ianya mendapat persetujuan dari pihak Agensi Pusat iaitu Perbendaharaan Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam serta direstui oleh semua YAB Menteri Besar/Ketua Menteri pada ketika itu.

Pada masa itu, ia dikenali dengan nama Pejabat Kemajuan Negeri (PKN) dan diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Negara Dan Luar Bandar (KPNLB). Dengan pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970, Unit Penyelarasan, Pelaksanaan Dan Penilaian (Implementation, Coordination and Evaluation Unit – ICEU) telah ditubuhkan pada tahun 1971 dan PKN diletakkan di bawah Unit ini. Unit ini kemudiannya telah dikenali sebagai Unit Penyelarasan Pelaksanaan (UPP).

Walau bagaimanapun, nama Pejabat Kemajuan Negeri telah dipinda kepada Pejabat Pembangunan Negeri pada tahun 1997 selaras dengan peranan yang dimainkan iaitu memantau dan menyelaras pelaksanaan projek-projek pembangunan Kerajaan Persekutuan di peringkat negeri.

Visi

Agensi Pusat Yang Unggul Dalam Penyelarasan Dan Pemantauan Pembangunan Negara

Misi

Agensi Pusat Yang Memacu Pembangunan Negara Melalui Penyelarasan, Pemantauan, Perlaksanaan Dan Penilaian Dasar, Program dan Projek Dengan Mengamalkan Tadbir Urus Yang Baik Dan Budaya Kerja Yang Kreatif, Inovatif Dan Berintegriti

Moto
Struktur Visi & Misi


Punca Kuasa

  • P.U.(A)184 Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No. 2) 2013
  • Arahan No. 1, 2010 Majlis Tindakan Negara
  • Keputusan Jemaah Menteri
  • Arahan Pentadbiran Y. Bhg. Ketua Setiausaha Negara Dan Lain-lain
  • Arahan YAB Perdana Menteri Dan YAB Timbalan Perdana Menteri yang di keluarkan dari masa ke semasa

Etika Kerja

  • Sentiasa Awal dan Mendahului
  • Sentiasa Bersemangat
  • Sentiasa Tekun dan Rajin
  • Sentiasa Positif dan Optimistik
  • Kenali Potensi dan Kehebatan Diri
  • Sentiasa Cekal dan Tabah
  • Sentiasa Memperbaiki Diri dan Keadaan
  • Sentiasa Menghasilkan Kerja Yang Cemerlang
  • Sentiasa Bersyukur
  • Sentiasa Berdoa
  • Sentiasa Tawadduk
  • Sentiasa Tersenyum

Perkhidmatan Teras Utama

  1. Menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan dan outcome Program/Projek Pembangunan Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT).
  2. Mengurus Peruntukan serta melaksana dan memantau Program/Projek Khas YAB Perdana Menteri.
  3. Menyelaras, memantau dan menilai Program/Projek Kesejahteraan Rakyat.

Perkhidmatan Teras

  1. Menyelaras, melaksana, memantau dan menilai Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Asas dan Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam di bawah Peruntukan Kementerian Kewangan.
  2. Menyelaras dan memantau keberkesanan dasar dan strategi program Satu Daerah Satu Industri.
  3. Menjadi urusetia kepada jentera penyelarasan pelaksanaan di bawah  Arahan No. 1, 2010 dan Mesyuarat-mesyuarat  Utama kerajaan.
  4. Menyelaras dan memantau keberkesanan dasar dan strategi Badan Berkanun Persekutuan (BBP) berdasarkan Pekeliling-pekeliling yang berkaitan.
  5. Menyelaras dan memantau keberkesanan dasar dan strategi Penyusunan Semula Masyarakat, Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).

Pengurusan Sokongan

  1. Mengurus bayaran kepada kontraktor/pembekal dalam masa 14 hari selepas dokumen lengkap diterima.