Majlis Penyerahan Bantuan Perumahan Bandar (Bina Baru), Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB), Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT)


Pada 19 Mei 2016, jam 3.00 petang telah diadakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah kepada penerima bantuan perumahan bandar, PPKB, KPKT iaitu Pn. Umi Kelsom binti Masran. Majlis diadakan di hadapan rumah baru Pn. Umi Kelsom di Kampung Kemensah dan majlis penyerahan ini disempurnakan oleh Haji Abdul Rahim bin Kamaruddin, En. Muhammad Hasif bin Ibrahim PSR Zon Gombak & Hulu Selangor, Pegawai-Pegawai ICU JPM Zon Gombak & Hulu Selangor, Pengerusi JKKKP dan penduduk setempat.