Lawatan Tapak Projek Park And Ride Salak Tinggi, Sepang


Pada 12 Mei 2016 yang lalu, Pejabat Kemajuan Zon Sepang dan Hulu Langat telah menghadiri satu lawatan tapak bagi pemeriksaan bangunan dan jalan di projek pembinaan Kemudahan ‘Park And Ride’ di Salak Tinggi, Sepang. Lawatan tapak itu telah turut sama dihadiri oleh wakil-wakil daripada Kementerian Kewangan, Jabatan Kerja Raya Daerah Sepang, Majlis Perbandaran Sepang, Express Rail Link Sdn. Bhd. dan Syarikat Pembinaan Punca Cergas Sdn Bhd. Pembinaan kemudahan ‘Park And Ride’ tersebut merupakan salah satu daripada projek-projek di bawah Inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi menambah baik pengangkutan awam bandar dalam jangka masa sederhana.

Kemudahan ‘Park And Ride’ di Stesen ERL Salak Tinggi tersebut akan dapat memberi manfaat kepada hampir 2000 pengguna KLIA Ekspres dan KLIA Transit di sekitar daerah Sepang. Projek yang menelan belanja sejumlah RM26.3 juta itu boleh menempatkan sebanyak 812 petak meletak kenderaan berbumbung, 229 petak meletak kenderaan terbuka dan 104 tempat meletak motosikal berbumbung. Kemudahan tersebut dijangka akan dapat digunakan sebaik tempoh pembinaan selesai pada September 2016 akan datang.