Retreat Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor


3 Ogos 2018 - Retreat Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor telah diadakan pada 3-4 Ogos 2018 bertempat di Taman Agroteknologi MARDI, Cameron Highlands, Pahang. Tujuan retreat ini diadakan adalah untuk membuat penyelarasan semula Sasaran Kerja Tahunan 2018 bagi kajian separuh penggal pertama tahun ini. Sebanyak 21 orang peserta terlibat di dalam program ini yang merangkumi semua seksyen, unit dan Pejabat-pejabat Kemajuan Zon dalam PPPN Selangor.

Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. En Abdul Razak bin Maksud selaku Ketua Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Kesejahteraan Rakyat. Menerusi program yang dilaksanakan ini, penyusunan semula gerak kerja jabatan telah diadakan mengikut hala tuju organisasi baru berdasarkan proses redeployment yang dilaksanakan oleh pihak Ibu Pejabat.