Lawatan Pemantauan Projek Kementerian Pendidikan Malaysia Sekola Daif Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam


4 Julai 2018 - Lawatan pemantauan bagi Projek Sekolah Daif, Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah diadakan pada 4 Julai 2018 telah dihadiri oleh Encik Mohd Fairuz bin Md Jani (Penolong Pengarah) dan Puan Nurshahirah binti Mohd Hadzir (Penolong Pengarah) dari Seksyen Pemantauan dan Penilaian, Pejabat Kemajuan Persekutuan Negeri Selangor.

Tujuan lawatan ini dibuat adalah untuk membuat semakan di tapak, berkenaan pembinaan bangunan bilik darjah setingkat dengan menggunakan kaedah Industrial Building System (IBS). Projek Sekolah Daif tahun 2018 mengandungi 5 PAKEJ yang mencakupi kesemua daerah-daerah di Negeri Selangor dan Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam adalah termasuk di dalam Pakej 1. Sekolah-sekolah yang terpilih dalam projek ini adalah berdasarkan kriteria bilangan murid yang tinggi berbanding bilangan kelas yang sedia ada.  

Lawatan ini diketuai oleh Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Selangor selaku Wakil Pengawai Penguasa (WPP) dan turut dihadiri oleh wakil daripada Jurutera Bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabak Bernam serta wakil daripada pihak kontraktor, ASCAP Builders Sdn. Bhd.  

Sesi ini dimulakan dengan taklimat ringkas daripada Jurutera Daerah (JKR) Kuala Selangor di Pejabat JKR berkaitan dengan projek serta status kemajuan fizikal untuk tiga (3) buah sekolah yang terlibat di Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Seterusnya sesi lawatan ke tapak projek dilakukan ke atas dua (2) buah sekolah yang terdekat iaitu Sekolah Kebangsaan Jeram Batu 20 dan Sekolah Kebangsaan Setia Jaya. Sesi lawatan berakhir jam 11.30 pagi.