Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Persekutuan Negeri (JKTPNg) Selangor Bilangan 4/2018


30 April 2018 -Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Persekutuan Negeri (JKTPNg) Selangor Bilangan 4/2018 telah diadakan pada 30 April 2018 jam 2.30 petang. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri (Operasi), Dato’ Ahmad Husaini bin Abdul Rahman telah dihadiri oleh ahli-ahli tetap mesyuarat serta wakil-wakil jabatan yang dijemput untuk memberikan taklimat berdasarkan tajuk yang diberikan.

Agenda utama Mesyuarat JKTPNg kali ini adalah untuk membincangkan perkara-perkara berbangkit daripada mesyuarat sebelum ini serta meneliti isu-isu baru yang diutarakan oleh ahli mesyuarat. Mesyuarat kemudiaannya diteruskan dengan sesi taklimat oleh pembentang-pembentang seperti turutan yang berikut:

i) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri berkenaan Perolehan Peralatan Operasi dan Kenderaan Pasukan SMART di bawah projek Rancangan Malaysia Ke-11 Rolling Plan-3; dan
ii) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Jabatan Perdana Menteri berkenaan Perolehan 30 buah Bot Kilat , Perolehan Floating Jetty serta Baikpulih dan Selenggaraan Kapal/Bot APMM di bawah projek Rancangan Malaysia Ke-11 Rolling Plan-3

Mesyuarat kemudian berakhir pada jam 3.30 petang.