Lawatan Pra Audit Program Menaiktaraf Insfrastruktur Asas Kawasan Perindustrian Berintegrasi Sedia Ada di Bawah RMK-11 Peruntukan Tahun 2018 (Selangor)


7 Mei 2018 - Lawatan Pra Audit Program Menaiktaraf Infrastruktur Asas Kawasan Perindustrian Berintegrasi Sedia Ada di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah diadakan pada 27 April 2018 yang bertujuan untuk menilai permohonan-permohonan yang telah dikemukakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menaiktaraf kawasan-kawasan industri. Lawatan ini telah dihadiri oleh pihak MIDA Ibu Pejabat, MIDA Selangor, wakil-wakil PBT serta wakil daripada Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor (PPPNS) iaitu Puan Noor Hafizah binti Amat Janji (Ketua Penolong Pengarah Unit RMK), Puan Nurul Faizah binti Hamzah (Ketua Penolong Pengarah) dan Encik Mohd Fairuz bin Md Jani (Penolong Pengarah) daripada Seksyen Pemantauan dan Penilaian.

Pada 7 Mei 2018, Lawatan Pra Audit bermula di kawasan pentadbiran Majlis Daerah Hulu Langat. Antara tempat yang dilawati adalah seperti berikut:

i) Zon Perindustrian Bebas, Telok Panglima Garang berkaitan naiktaraf jalan, pagar sempadan dan lampu jalan;
ii) kawasan Kompleks Perabit Olak Lempit yang berkaitan dengan naiktaraf jalan, perabot jalan serta lampu jalan; dan
iii) kawasan Industri Kecil Sederhana (IKS) Jenjarom yang berkaitan dengan naiktaraf lampu jalan.

Pada sebelah petang, lawatan diteruskan ke kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam. Antara tempat yang dilawati adalah seperti berikut:

i) Persiaran Hulu Selangor, Seksyen 26 berkaitan naiktaraf sistem saliran;
ii) Berjaya Park, Seksyen 32 berkaitan naiktaraf sistem saliran dan kolam takungan;
iii) Taman Perindustrian Bukit Kemuning, Seksyen 34 berkaitan naiktaraf sistem saliran dan kolam takungan; dan
iv) Kawasan Industri Seksyen 33 berkaitan naiktaraf sistem saliran dan laluan pejalan kaki 

Pada 8 Mei 2018, hanya 1 kawasan yang terlibat dengan pra audit iaitu di kawasan Perindustrian Taman Kencana di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Ianya berkaitan permohonan naiktaraf sistem perparitan