Lawatan pemantauan bagi Projek Pembinaan Kampus UNIKL Malaysian Institute of Aviation (UNIKL-MIAT)


9 April 2018 - Lawatan pemantauan bagi Projek Pembinaan Kampus UNIKL Malaysian Institute of Aviation (UNIKL-MIAT) di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah diadakan pada 9 April 2018 dihadiri oleh Puan Nurul Faizah binti Hamzah, Ketua Penolong Pengarah (Seksyen Pemantauan dan Penilaian), Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor dan Encik Mohd Fairuz bin Md Jani, Penolong Pengarah (Seksyen Pemantauan dan Penilaian) Pejabat Kemajuan Persekutuan Negeri Selangor. Tujuan lawatan ini dibuat adalah untuk membuat semakan sama ada projek ini telah atau sedang dilaksanakan kerana ianya menerima peruntukan daripada Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

Lawatan ini turut dihadiri oleh wakil daripada Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Negeri Selangor, wakil daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia, wakil daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan wakil daripada UniKL-MIAT. Sesi lawatan ini dimulakan dengan taklimat ringkas daripada Prof . Dato’ Hj. Zahir bin Hj. Zahir, Timbalan Presiden UniKL-MIAT berkaitan kronologi pembinaan Kampus MIAT dan seterusnya lawatan ke tapak pembinaan.

Projek yang menelan belanja sebanyak RM179.8juta ini telah siap sepenuhnya pada 8 Mac 2016 dan seramai 280 pelajar telah memulakan pengajian pada ambilan Mac 2017. Hanya pelajar jurusan pengurusan sahaja yang belajar di sini manakala 9 program lain masih belum dapat dilaksanakan berikutan tiada akses taxiway yang menghubungkan Lapangan Terbang Subang ke Hangar UniKL-MIAT. Ini berikutan pelajar-pelajar ini perlu menghadiri kelas praktikal (menggunapakai jentera sebenar) yang merupakan modul utama dalam program. Namun perkara ini masih dalam tindakan pihak UniKL-MIAT.