Lawatan pemantauan bagi Projek Pembinaan Bangunan Integrasi di Kolej Polytech MARA, Bangi


9 April 2018 - Lawatan pemantauan bagi Projek Pembinaan Bangunan Integrasi yang Mengandungi Perpustakaan, Dewan Kuliah, Pusat Aktiviti Pelajar dan Pejabat di Kolej Polytech MARA, Bangi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah diadakan pada 9 April 2018 dihadiri oleh Encik Mohd Fairuz bin Md Jani, Penolong Pengarah Seksyen Pemantauan dan Penilaian, Pejabat Kemajuan Persekutuan Negeri Selangor. Tujuan lawatan ini dibuat adalah untuk membuat semakan sama ada projek ini telah atau sedang dilaksanakan kerana ianya menerima peruntukan daripada Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

Lawatan ini turut dihadiri oleh Ketua Pasukan Projek (HOPT), Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia, wakil daripada Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Negeri Selangor, wakil daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Langat, wakil daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA), wakil daripada Kolej Polytech MARA, Bangi serta wakil daripada pihak kontraktor. Sesi lawatan ini dimulakan dengan taklimat ringkas daripada HOPT JKRM dan seterusnya lawatan ke tapak pembinaan.

Projek yang menelan belanja sebanyak RM13.75juta ini sepatutnya diuruskan sendiri oleh pihak MARA pada tahun 2013. Rekabentuk dan perlantikan kontraktor telahpun dibuat pada ketika itu, namun terdapat arahan yang mengatakan segala projek fizikal yang telah diluluskan peruntukannya hendaklah disemak terlebih dahulu oleh pihak JKR Malaysia. Pihak JKR memutuskan untuk projek ini dibuat perolehan secara tender (dalaman) di mana rekabentuk diuruskan oleh pihak JKR sendiri. Projek yang bermula pada 26 Februari 2016 ini dijangka siap sepenuhnya pada 25 April 2018.