Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Persekutuan Negeri (JKTPNg) Selangor Bilangan 3/2018


28 Mac 2018 - Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Persekutuan Negeri (JKTPNg) Selangor Bilangan 3/2018 yang dipengerusikan oleh Pegawai Kemajuan Negeri, Dato’ Rosli bin Ramli telah dihadiri oleh ahli-ahli tetap mesyuarat serta wakil-wakil jabatan yang dijemput untuk memberikan taklimat berdasarkan tajuk yang diberikan.

Agenda utama Mesyuarat JKTPNg kali ini adalah untuk membincangkan perkara-perkara berbangkit daripada mesyuarat sebelum ini serta meneliti isu-isu baru yang diutarakan oleh ahli mesyuarat. Mesyuarat kemudiaannya diteruskan dengan sesi taklimat oleh pembentang-pembentang seperti turutan yang berikut dan tamat pada jam 11.00 pagi.

i) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkenaan Isu dan Statistik Lesbian Gay Biseksual dan Transgender (LGBT);

ii) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Selangor bertajuk Pembentangan Suku Tahun Status Semasa Kes Dadah di Negeri Selangor.

iii) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor dengan tajuk Pembentangan Suku Tahun Status Semasa Aspek Kebajikan Masyarakat di Negeri Selangor

iv) Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dengan tajuk Pembentangan Suku Tahun Status Semasa Kesihatan Rakyat di Negeri Selangor; dan

v) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Selangor dengan tajuk Pembentangan Suku Tahun Statistik Jenayah Negeri Selangor.