Lawatan pemantauan bagi Projek Membina dan Menaiktaraf Kuarters di Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah, Selangor


22 Mac 2018 - Lawatan pemantauan bagi Projek Membina dan Menaiktaraf Kuarters di Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah, Selangor di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah diadakan pada 22 Mac 2018 dan diketuai oleh Puan Nurul Faizah binti Hamzah, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pemantauan dan Penilaian, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor dan Encik Mohd Fairuz bin Md Jani, Penolong Pengarah Seksyen Pemantauan dan Penilaian. Tujuan lawatan ini adalah untuk memantau projek-projek RMK-11 yang sedang dalam proses pelaksanaan (pembinaan).

Lawatan ini turut dihadiri oleh Jurutera Daerah Hulu Selangor, pihak Jabatan Kerja Raya Malaysia, pihak KPWKM, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor, pihak kontraktor serta perunding. Lawatan ini dimulakan dengan taklimat ringkas daripada Jurutera Daerah Hulu Selangor dan seterusnya lawatan ke tapak pembinaan. Projek yang menelan belanja RM16.5juta bakal menyediakan Kuarters Pangsapuri Empat (4) tingkat (24 Unit), 1 unit Banglo, Kebuk Sampah, Pondok Pengawal, Tempat letak kereta berbumbung serta wakaf. Projek yang bermula pada 21 Ogos 2017 ini dijangka disiapkan pada 20 Ogos 2019.