Lawatan Pemantauan Projek Kementerian Pertahanan Perolehan 4 Buah Pesawat Airbus 400M (A-400M) dan Infra di Subang


18 Januari 2018 -Lawatan pemantauan Projek Rancangan Malaysia ke-11 bagi projek Perolehan Empat (4) Buah Pesawat Airbus 400M (A-400M) dan Projek Infrastruktur bagi Penempatan dan Pengoperasian Pesawat A400M di Pangkalan Udara TUDM Subang di bawah Kementerian Pertahanan telah diadakan bagi tujuan verifikasi projek di tapak. Lawatan tersebut diketuai oleh YBhg Dato’ Ahmad Husaini bin Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Kemajuan Negeri (Operasi), Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor.

Kontrak perolehan empat (4) buah pesawat A400M telah dimeterai pada 8 Disember 2005 di antara Kerajaan Malaysia dan Airbus Military Sociedad Limitada (AMSL). Kontrak perolehan ini meliputi empat (4) buah pesawat, infrastruktur serta elemen-elemen logistik lain termasuk latihan, alat ganti, peralatan latihan dan Aircraft Ground Support Equipment (AGSE). Peralatan sokongan logistik dan bantuan operasi secara berperingkat bermula pada bulan Disember 2014 dan berterusan sehingga tahun 2022 seiring dengan pembangunan sistem.

Pesawat-pesawat A400-M TUDM telah diserahkan kepada TUDM mulai dari bulan Mac 2015 sehingga Mac 2017. Melalui kontrak pembelian pesawat ini sekaligus dapat meningkatkan keupayaan kawalan keselamatan udara oleh TUDM khususnya dari aspek misi penerbangan strategik dan Global Air Traffic Management yang telah mula diaplikasikan pada abad ini.