Lawatan Pemantauan Projek Kementerian Pendidikan Malaysia bagi Pembinaan 24 Bilik Darjah dan Lain-Lain Kemudahan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussien Onn, Hulu Langat


19 Mac 2018 -Lawatan pemantauan bagi projek Pembinaan 24 Bilik Darjah dan Lain-lain Kemudahan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussien Onn, Hulu Langat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah diadakan pada 19 Mac 2018 dan diketuai oleh Puan Nurul Faizah binti Hamzah, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pemantauan dan Penilaian, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor.

Tujuan lawatan ini adalah rentetan daripada senarai Projek Lewat yang telah dikeluarkan oleh pihak ICU Ibu Pejabat.

Turut hadir dalam lawatan ini termasuklah wakil Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, wakil-wakil perunding dan pihak kontraktor. Beberapa isu telah dibincangkan terutamanya berkaitan hal pembayaran dan permohonan lanjut tempoh masa (EOT). Mesyuarat berakhir jam 12.00 tengahari