Lawatan Pemantauan Projek KPKT ke Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn, Selangor


19 Mac 2018 -Lawatan pemantauan bagi projek Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussien Onn di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah diadakan pada 19 Mac 2018 dan diketuai oleh Puan Nurul Faizah binti Hamzah. Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pemantauan dan Penilaian, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor. Tujuan lawatan ini adalah rentetan daripada senarai Projek Lewat yang telah dikeluarkan oleh pihak ICU Ibu Pejabat.

Turut hadir dalam lawatan ini termasuklah Timbalan Setiausaha Bahagian (Cawangan Pembangunan), Jurutera Daerah Hulu Langat, Penguasa Bomba daripada Ibu Pejabat, wakil JKR Ibu Pejabat dan kontraktor.

Kerja-kerja di tapak hampir 100% telah disiapkan dan hanya menunggu kelulusan penyambungan paip daripada syarikat Air Selangor dan seterusnya sijil CCC dapat diserahkan kepada pemilik projek.