Lawatan Kerja YB Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar, Menteri KPKT ke Pangsapuri Taman Permai Indah, Pandamaran Jaya, Klang


5 Mac 2018 -Lawatan kerja YB Menteri KPKT ke Pangsapuri Taman Permai Indah, Pandamaran, Klang adalah susulan daripada aduan yang diterima YB Menteri KPKT sendiri oleh penduduk yang meminta bantuan kepada beliau bagi menyelesaikan masalah peyelenggaraan yang telah membelenggu penduduk pangsapuri tersebut selama hampir 10 tahun yang tidak mendapat pembelaan.

Hasil lawatan kerja ini mendapati hampir semua lif di 4 buah blok pangsapuri tidak berfungsi atau tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Ketiadaan kemudahan lif yang sempurna telah membebankan penduduk pangsapuri 11 tingkat tersebut yang terpaksa menggunakan tangga sepenuhnya, selain itu keadaan ini amat membebankan bagi kanak-kanak dan warga emas. YB Menteri KPKT serta merta telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM4.2 juta bagi menggantikan lapan buah lif yang telah rosak kepada lif yang dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) dan kad akses, seterusnya dapat membantu menyelesaikan masalah kepada hampir 400 keluarga yang tinggal di pangsapuri tersebut.

Peruntukan tambahan bagi kerja-kerja penyelenggaran pangsapuri turut diumumkan sebanyak RM800,000.00 bagi membina pagar keselamatan dan RM100,000.00 bagi kerja baikpulih surau pangsapuri. Selain itu, KPKT turut menyumbang perangkap nyamuk solar di kawasan pangsapuri tersebut sebagai salah satu langkah dalam pencegahan wabak denggi yang agak membimbangkan.

Lawatan kerja ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kesejahteraan Bandar) KPKT Tuan Haji Zamri bin Salleh, Koordinator Pembangunan Persekutuan DUN Pelabuhan Klang Datuk Haji Nasaruddin bin Dato’ M.Zin, Naib Presiden MCA Bahagian Klang Datuk Dr. Ching Eu Boon, Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri Selangor (Operasi) Dato’ Ahmad Husaini bin Abdul Rahman, Pegawai-pegawai daripada KPKT dan Pejabat PPPNS.