Kunjungan Kasih Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) ke Tabika KEMAS Kampung Sungai Kertas


6 Februari 2018 -Beberapa orang JKKKP membuat kunjungan kasih ke Tabika KEMAS sebagai salah satu usaha dalam membantu rakyat melalui golongan kanak-kanak.

JKKKP turut menyampaikan sumbangan alat tulis kepada 30 orang murid 6 tahun, 33 orang murid 5 tahun. Kunjungan di ketuai oleh Pengerusi JKKKP. Tuan Haji Ruslan Bin Ahmad, turut hadir Pentadbir Mukim Zakirah Nur Iwani.