Pembikinan Video Negaraku


15 Februari 2018 -Pembikinan video pendek Negaraku ini merupakan salah satu usaha kerajaan pusat bagi menyemaikan rasa cintakan negara di kalangan rakyat Malaysia. Pembikinan video ini berfokuskan kepada pembangunan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan pusat di Negeri Selangor yang disediakan oleh pihak FINAS.

Turut hadir semasa sesi ini adalah Pengerusi JKKKP Kg Felda Sg Tengi, En Adnan Mungin, Cikgu Fadhil, SU JKKKP, En Rizuani Lizuan Syah, Pen. Pengarah PPPNS, barisan AJK JKKKP dan pegawai dari PPPNS