Majlis Perasmian Karnival Sukan Muhibbah 2018 Malaysia oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia


11 Februari 2018 -Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah merasmikan Karnival Sukan Muhibbah 2018 Malaysia yang diadakan bersempena Hari Gerakan Belia 4B Malaysia di Homestay Banghuris, Sepang.

Karnival itu yang diadakan bagi mengembalikan program dan permainan tradisi kepada belia di seluruh negara berjaya menghimpunkan seramai 10,000 ahli-ahli belia 4B dan belia-belia seluruh negara.

Menurut Perdana Menteri, Kerajaan memilih pendekatan mengumpul input orang muda kerana percaya kepentingan masa hadapan negara adalah untuk generasi berkenaan. Sehingga kini 80,000 aspirasi orang muda untuk Transformasi Nasional 2050 (TN50) telah dikumpulkan dan akan ditapis untuk pelan tindakan golongan terbabit.

Turut hadir Menteri Kesejahteraan Bandar dan Wilayah, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, ADUN Dengkil, YB Shahrum bin Mohd Shariff, Pegawai Kemajuan Negeri Selangor, Dato’ Mohd. Rosli bin Ramli serta Pegawai Kemajuan Zon Sepang, En. Shamsul bin Abu Bakar.