Mesyuarat Jawatankuaza Tindakan Zon Daerah Hulu Langat/ Sepang Bilangan 1/2018


24 Januari 2018 -Sebagai pembuka tirai 2018, Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Zon Bil. 1/2018 bagi kedua-dua daerah Sepang dan Hulu Langat telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Pejabat Kemajuan Zon Daerah Sepang dan Hulu Langat. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri (Operasi), YBhg. Dato’ Ahmad Husaini bin Abdul Rahman ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada agensi persekutuan di peringkat daerah.

Pengerusi dalam perutusan mesyuarat mengingatkan ahli mesyuarat untuk meningkatkan nilai, kemahiran dan kualiti kerja bertaraf global bagi menyahut seruan YAB Perdana Menteri yang ingin menjadikan 2018 sebagai Tahun Kejayaan dan Keberhasilan yang Mengagumkan atau ‘Year of Success and Impressive Results’.