Lawatan Pemantauan Dan Naziran Projek Khas Daerah Sepang Dan Hulu Langat


22 Januari 2018 -Timbalan Pegawai Kemajuan (O) Negeri Selangor, YBhg. Dato’ Ahmad Husaini bin Abdul Rahman telah mengetuai Lawatan Pemantauan dan Naziran Projek Khas bagi daerah Sepang dan Hulu Langat pada 22 Januari 2018 yang lalu. Tujuan lawatan adalah bagi menilai tahap pematuhan Pejabat Kemajuan Zon sebagai agensi pelaksana kepada arahan/ peraturan semasa yang berkuatkuasa bagi pelaksanaan projek-projek fizikal di bawah Peruntukan Projek Khas ICU JPM.

Pasukan pemantau yang turut disertai oleh pegawai-pegawai Unit Projek Khas dan Pejabat Kemajuan Zon telah melawat projek di bawah Peruntukan YAB PM iaitu Naik taraf Surau Taman Changgang Jaya, Naik Taraf Surau Taman Dengkil Jaya dan Pembinaan Dewan Terbuka Pusat Jagaan Mahmudah, serta projek di bawah peruntukan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, iaitu Naik Taraf Surau Al-Amirin, Bandar Baru Bangi dan Membina Perhentian Bas di UKM, Bangi. .