Ziarah Prihatin Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor


18 Januari 2018 -Pejabat Kemajuan Zon (Sepang dan Hulu Langat) bersama-sama pegawai daripada Seksyen Pembasmian Kemiskinan, PPPNS telah melawat sebuah keluarga yang kurang berkemampuan di Pandan Jaya, Ampang.

Lawatan tersebut turut disertai oleh Yang DiPertua, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (YDP JKKKP) Parlimen Pandan, Datuk Mohd Haniff bin Hj Koslan.