Mesyuarat Projek RMK11 Pembinaan Langat Centralised Sewage Treatment Plant (CSTP)


13 Dis 2017 - Mesyuarat berhubung projek Pembinaan Langat Centralised Sewage Treatment Plant (CSTP) telah diadakan melibatkan kehadiran pegawai daripada Pejabat Daerah/ Tanah Hulu Langat, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor, Jabatan Perkhidmatan Pembentungan KeTTHA, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan NRE, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Majlis Perbandaran Kajang, pihak kontraktor yang dilantik MMC Pembentungan Langat Sdn Bhd serta wakil penduduk Kampung Sungai Balak, Kajang.

Mesyuarat tersebut telah membincangkan isu percanggahan ukuran sempadan tanah yang dibuat oleh juru ukur berlesen yang dilantik oleh pihak kontraktor. Kerjasama dan maklumat daripada setiap agensi kerajaan diperlukan bagi mengatasi isu-isu yang timbul berhubung projek pembangunan ini.