Mesyuarat PenyelarasanTadbir Urus Laman Web Bil. 4 Tahun 2017


6 Dis 2017 - Penutup tirai lembaran 2017 bagi Mesyuarat Penyelarasan Tadbir Urus Laman Web Bil.4/2017 kali ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 2, Wisma Persekutuan Klang, Selangor. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Minhad bin Abu Yamin ini telah membincangkan pelbagai isu berkaitan pelaksanaan laman web dalam meningkatkan imej web jabatan. Seramai 20 orang pegawai dan kakitangan telah hadir ke mesyuarat ini yang mewakili Unit, Seksyen dan Pejabat-Pejabat Kemajuan Zon.

Bagi mengiatkan maklumat/info yang disampaikan secara berterusan, YBrs. Tuan Pengerusi telah mencadangkan inisiatif baru iaitu pengiktirafan diberikan terus kepada individu yang aktif menghantar laporan yang lengkap dan tepat. Selain itu, video mengenai program/aktiviti seperti Bantuan eKasih, Bantuan Baik Pulih Rumah dan Lawatan Tapak perlu diberikan tumpuan bagi membolehkan pelanggan mengetahui peranan jabatan dalam usaha merakyatkan ekonomi melalui bantuan yang diberikan.