IMPAK18- Inisiatif Memperkasa Pendidikan, Pekerjaan & Keusahawanan


25 Nov 2017 - Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) YB Tan Sri Noh bin Hj Omar telah merasmikan program baru anjuran Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) iaitu IMPAK18 – Inisiatif Memperkasa Pendidikan, Pekerjaan & Keusahawanan. Selangor merupakan negeri pertama yang dipilih sebagai tuan rumah program ini sebelum diperluaskan lagi ke seluruh negara.

Tiga puluh agensi dan syarikat berkaitan kerajaan turut bersama dalam memberi pencerahan kepada rakyat Malaysia terutamanya berkaitan peluang pendidikan dan kerjaya yang disediakan oleh Kerajaan. YB Tan Sri Noh turut menyampaikan geran kewangan kepada belia-belia yg berjaya mencetuskan idea baharu dalam keusahawanan.