Lawatan Bancian Khas Di Kg. Kerdas, Gombak


8 November 2017 - Lawatan yang telah diadakan di Lot 1830C-6, Jln Kg. Kerdas, Kg. Kerdas, 53100 Kuala Lumpur ini dilaksanakan selepas kes mangsa menjadi viral di media sosial. Sehubungan dengan itu, PPPN Selangor telah mengambil tindakan pantas dengan menghantar pegawai untuk membuat bancian dan siasatan. Selain itu, PPPN Selangor turut berkesempatan memberikan beberapa barang keperluan harian bagi meringankan beban mangsa. Selain pegawai dari PPPN Selangor, Pengerusi JKKKP dan Pegawai Pendidikan Daerah juga turut hadir sama menyertai lawatan ini.