Lawatan Tapak Program Kesukarelawanan Institusi Latihan Kementerian Belia Dan Sukan (ILKBS) Peringkat DUN Batang Kali


9 November 2017 - Lawatan tapak ini bertujuan bagi melihat kesuaian lokasi program disamping pembahagian tugas untuk Program Kesukarelawanan ILKBS yang akan di adakan di DUN Batang Kali bersama IKBN Peretak, Jawatankuasa Surau dan JKKKP Kg Batu 30. Program yang berkonsepkan Gotong-royong adalah kesinambungan dari program MYBN dan Program Baikpulih Rumah yang telah dilaksanakan sebelum ini. Turut sama dalam lawatan ini adalah Pn. Suellan, Pegawai IKBN Peretak, Kuala Kubu Bharu, En. Harun, Pengerusi JKKKP Kg Bt 30, En. Khalib Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Surau Taman Rumah Murah Batu 30 dan En. Sherhan, Pentadbir Mukim Hulu Selangor.