Majlis Pendaftaran eKasih dan Portal Orang.e Parlimen Hulu Langat


15 Julai 2017 - Pejabat Kemajuan Zon Sepang dan Hulu Langat dengan kerjasama Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama Pertubuhan Wanita Bekerja Sendiri Malaysia telah mengadakan sesi pendaftaran terbuka eKasih dan Portal Orang.e di bawah kementerian tersebut. Majlis turut dihadiri Puan Shakila Noor, Presiden Pertubuhan Wanita Bekerja Sendiri Malaysia. Puan Suziyani Farhana binti Suhaimi, Pegawai Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

Seramai 80 orang telah mengisi borang pendaftaran eKasih. Rata-rata yang mendaftar adalah penduduk yang menetap sekitar kawasan Kajang dan Semenyih. Selain itu, pendaftaran Portal Orang.e turut mendapat sambutan yang menggalakkan dikalangan peniaga-peniaga yang mahu mempromosikan barangan atau perkhidmatan melalui portal tersebut.