Lawatan ke Tapak Projek Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KL ATCC) Baru


4 Mei 2017 - Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor telah mengadakan satu lawatan ke Tapak Projek Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KL ATCC) Baru & Sistem-Sistem Berkaitan bagi Kuala Lumpur Flight Information Region (FIR). Operasi pusat kawalan trafik udara Kuala Lumpur (KL ATCC) sedia ada merangkumi 2 ruang udara iaitu Kuala Lumpur Flight Information Region (KL FIR) dan Kota Kinabalu Flight Information Region (KK FIR). Dengan adanya Projek KL ATCC baharu telah meningkatkan tahap keselamatan, kelancaran dan kapasiti ruang udara KL FIR yang telah hampir mencecah tahap maksima dengan lebih 900 ribu pergerakan pesawat direkodkan dalam setahun serta mampu berdaya tahan untuk sekurang-kurangnya bagi tempoh 20 tahun akan datang.

Semua Sistem Trafik Udara akan berintegrasi sepenuhnya dengan Sistem Pengurusan Trafik Udara (Air Traffic Management - ATM) baru yang akan disediakan di KLIA. Penambahbaikan ini bukan sahaja melibatkan Sistem SAR di Semenanjung Malaysia, malah untuk Sabah dan Sarawak.