Majlis Perasmian Bazar MARA Semenyih oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)


13 April 2017 - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), YB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah merasmikan bazar MARA Semenyih  yang dilaksanakan di bawah program Transformasi Premis Luar Bandar pada 13 April 2017 yang lalu. Bazar tersebut mempunyai 14 lot perniagaan yang telah beroperasi sepenuhnya sejak September 2016. 

Menurut Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, kadar sewa yang ditawarkan adalah rendah berbanding kadar sewa pasaran semasa yang mana hampir 85% penyewa adalah penduduk tempatan dengan pelbagai perniagaan dan perkhidmatan seperti kedai gunting rambut, jualan pakaian dan jubah, kedai makan, insurans, kedai buku, kedai kasut dan kedai jualan IT. Lawatan YB Menteri tersebut turut dihadiri oleh ADUN Semenyih, YB Datuk Johan Abdul Aziz dan En. Shamsul bin Abu Bakar, Pegawai Kemajuan Zon Sepang dan Hulu Langat.