Majlis Bicara Ilmu PPPN Selangor Bil.1 Tahun 2017


03 Mac 2017 - Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor telah mengadakan Majlis Bicara Ilmu Bil.1 Tahun 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 5, PPPN Selangor. Majlis telah dimulakan dengan Bacaan Yassin dan Doa Selamat kemudian satu sesi ceramah bertajuk Syurga Yang Tidak Dirindukan telah disampaikan oleh Ustaz Muhsin bin Ahmad, Finalis Pencetus Ummah Musim 2015.