Lawatan Korporat Sosial Pasukan Laman Web PPPN Selangor Ke PPPN Pahang


20 Dis 2017 - Lawatan korporat sosial pasukan laman web PPPN Selangor ke PPPN Pahang telah diadakan dalam menjalinkan hubungan strategik ke atas pembangunan laman web jabatan yang lebih baik. PPPN Pahang telah merangkul kejuaraan menerusi Pertandingan Laman Web di dalam Program GoForIT 2017 yang dianjurkan oleh Pusat Bank Data dan Inovasi (NADI), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM). Bertitik-tolak dari usul Mesyuarat Penyelarasan Tadbir Urus Laman Web PPPN Selangor Bil. 4/2017, satu inisiatif telah disyorkan untuk menambahbaik ke atas pembangunan laman web. Lawatan ini diketuai oleh YBrs. Dato' Mohd Rosli bin Ramli, Pegawai Kemajuan Negeri Selangor dan diiringi seramai 15 orang delegasi. Setelah taklimat berkenaan laman web diberikan, kunjungan hormat ke Institut Tenun DiRaja Pahang telah diadakan bagi melihat sendiri perusahaan tenunan asli songket Pahang di Sg. Soi, Kuantan, Pahang. Lawatan diteruskan ke Serambi Teruntum yang menempatkan pelbagai produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Bumiputera seperti Sambal Hitam, Keropok Lekor, Produk Sejuk Beku, Kain Sutera dan sebagainya. Serambi Teruntum ini merupakan destinasi pelancongan yang menarik untuk dikunjungi dan boleh meningkatkan ekonomi penduduk setempat.