Lawatan Pemantauan Projek Ke Klinik Kesihatan Puchong


6 Dis 2017 - Lawatan pemantauan dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia bagi projek Klinik Kesihatan Puchong telah diadakan dan diketuai oleh YBhg Dato’ Ahmad Husaini bin Abdul Rahman, Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri Selangor (Operasi). Turut serta dalam sesi lawatan ini adalah pegawai daripada Seksyen Pemantauan dan Penilaian PPPNS, Puan Nurul Faizah Bt Hamzah dan Encik Mohd Fairuz Bin Mohd Jani. Tujuan lawatan adalah bagi tujuan verifikasi dan tindakan intervensi susulan daripada laporan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK) Bil 11/2017 bagi Kementerian Kesihatan Malaysia.


No images found.