Majlis Pecah Tanah Program Pembaikan Sekolah Daif Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2017


14 Dis 2017 - ADUN Dengkil, YB Tuan Shahrum bin Hj. Mohd Sharif telah merasmikan Majlis Pecah Tanah bagi projek pembinaan bangunan baharu SK Sungai Merab Luar di bawah Program Pembaikan Sekolah Daif Kementerian Pendidikan Malaysia. Projek tersebut melibatkan pembinaan bangunan dua tingkat dilengkapi empat bilik darjah melalui Sistem Binaan Berindustri (IBS) dengan kos RM600,000.00 dan dijangka siap pada Mac 2018.