Articles Tagged ‘Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor - Majli Pecah Tanah’

Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat Ampar Tenang Oleh Perdana Menteri Malaysia


16 Ogos 2017 - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah merasmikan majlis pecah tanah Projek Perumahan Rakyat Ampar Tenang, Dengkil yang bakal menempatkan 400 keluarga bekas pekerja ladang yang berdepan masalah memiliki rumah sejak 1996 kerana memberi laluan kepada pembangunan pusat pentadbiran kerajaan, Putrajaya. Projek PPR Ampar Tenang, Dengkil ini melibatkan kos pembangunan sebanyak RM60 juta bagi pembinaan 400 unit rumah teres satu tingkat termasuk kemudahan balai komuniti dan tapak rumah ibadat bukan Islam. Projek ini dijangka siap pada Julai 2019.

Turut hadir Menteri Kesejahteraan Bandar dan Wilayah, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, Timbalan Menteri KPKT, Datuk Halimah Binti Mohamed Sadique, ADUN Dengkil, YB Shahrum bin Mohd Shariff serta Pegawai Kemajuan Zon Sepang, En. Shamsul bin Abu Bakar.