Articles Tagged ‘Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor - Mobile Team’

Program Mobile Team dan Pelancaran Baik Pulih Rumah Secara Gotong Royong Touch Point ICU JPM Peringkat Parlimen Sabak Bernam


12 September 2017 - ICU JPM telah di amanahkan sebagai Lead Agency Projek Baik Pulih Rumah (Touch Point) yang bertujuan untuk meningkatkan Impak Sosial kepada isi rumah dan taraf hidup. Skop bantuan baik pulih melibatkan komponen asas baik pulih seperti bumbung,  siling,  tangga rumah, dapur,  tandas,  pintu, lantai, tingkap, perpaipan,  perparitan, pembentungan, pendawaian dan kerosakan-kerosakan kecil.

Program Mobile Team ke 20 buah rumah melibatkan agensi pemberi bantuan Daerah Sabak Bernam telah diadakan di Kampung Batu 38, Sabak Bernam dan Pelancaran Baik Pulih Rumah Secara Gotong Royong Touch Point ICU JPM Peringkat Parlimen Sabak Bernam telah dirasmikan oleh YB Dato Hj Mohd Fasiah Bin Hj Fakeh, Ahli Parlimen Sabak Bernam dan dilaksanakan oleh agensi/jabatan kerajaan Daerah Sabak Bernam, Pihak Bomba, Giat Mara, KEMAS, Pejabat Pelajaran Daerah, NGO yang melibatkan masyarakat setempat dengan kerjasama Pejabat Kemajuan Zon Sabak Bernam & Kuala Selangor dan Seksyen Pembasmian Kemiskinan, PPPN Selangor. 


Program Mobile Team Qaseh Ramadhan Negeri Selangor Tahun 2017


21 Jun 2017 - Program Mobile Team Qaseh Ramadhan Negeri Selangor Tahun 2017 telah diadakan di Kampung Olak Lempit, Banting ini merupakan program tahun yang ketiga kolaborasi di antara Kelab Kebajikan Dan Rekreasi PPPN Selangor (KEKSIS) bersama Kelab Kebajikan Dan Rekreasi Ibu Pejabat ICU JPM yang menjadi salah satu penyumbang kepada pemberian sumbangan kepada golongan yang diraikan. Program ini juga dijayakan oleh Yang Berhormat Tuan Sharom bin Mohd Sharif merangkap ADUN kawasan Dengkil yang turut dihadiri oleh ketiga-tiga Timbalan Ketua Pengarah ICU JPM.

Antara pengisian program adalah menziarahi 2 rumah keluarga miskin tegar dan miskin yang berdaftar dalam Sistem eKasih untuk menyalurkan bantuan dan memberikan sumbangan ehsan berbentuk keperluan asas dan keperluan hari raya. Program ini diakhiri dengan majlis iftar bersama anak-anak yatim, golongan warga emas yang perlu dibantu, golongan orang kelainan upaya (OKU) dan golongan ibu tunggal yang miskin yang juga turut diraikan bersama penduduk setempat. Di samping itu, program ini juga telah diserikan dengan kehadiran penceramah terkenal iaitu Al-Fadhil Ustaz Imam Muda Asyraf yang telah memberikan tazkirah ringkas untuk santapan rohani serta tauladan kepada para jemputan yang hadir.