Articles Tagged ‘Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor - Majlis Penyerahan Kunci Surau Al-Ansar’

Majlis Penyerahan Kunci Surau Al-Ansar, Taman Suria Tropika, Seri Kembangan, DUN Dengkil, Selangor


12 Januari 2017 - Penantian penduduk Taman Suria Tropika, Seri Kembangan berakhir selepas bangunan surau baharu iaitu Surau Al-Ansar, siap dibina pada penghujung tahun 2016 yang lalu. Sebelum ini, penduduk di taman tersebut terpaksa menggunakan sebuah rumah penduduk yang diwakafkan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan dalam keadaan sempit dan kurang selesa. 

ADUN Dengkil, YB Tuan Shahrum b. Hj. Mohd Sharif dan En. Afandi bin Nordin mewakili Pegawai Kemajuan Negeri Selangor telah menyerahkan replika kunci kepada Pengerusi Surau, Prof. Madya Dr. Adi Yasran b. Abdul Aziz sebagai simbolik Majlis Penyerahan Kunci Surau Al-Ansar yang diadakan pada 12 Januari 2017 yang lalu. YB Tuan Shahrum sebelum ini telah menyokong pihak jawatankuasa surau dalam mengemukakan permohonan bagi mendapatkan peruntukan kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM). Permohonan tersebut mendapat maklum balas dan pihak ICU JPM telah meluluskan peruntukan sebanyak RM300,000 bagi projek bina baharu Surau Al-Ansar.

Pembinaan surau tersebut telah dilaksanakan oleh syarikat Norazlin Construction dengan dipantau oleh Seksyen Teknikal, PPPNS. Dengan terbinanya surau ini, diharapkan penduduk Taman Suria Tropika dapat menunaikan ibadah dengan lebih selesa selain menjadi pusat aktiviti agama yang lebih tersusun.