Articles Tagged ‘Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor - Majlis Pecah Tanah Pembinaan Dewan Terbuka SJK(T) Taman Permata’

Majlis Pecah Tanah Pembinaan Dewan Terbuka Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Taman Permata, Dengkil


3 Januari 2017 - Timbalan Menteri Pendidikan, YB Datuk P. Kamalanathan telah merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Dewan Terbuka SJK(T) Taman Permata di Dengkil, Selangor. Projek tersebut akan diselaraskan pembinaannya oleh pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Lembaga Pengelola Sekolah melalui Peruntukan Khas Penyelenggaraan Kecil Kementerian Pendidikan Malaysia bagi Tahun 2015 berjumlah RM250,000.00. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YB Tuan Shahrum bin Hj. Mohd Sharif, ADUN Dengkil serta En. Shamsul bin Abu Bakar, Pegawai Kemajuan Zon Sepang dan Hulu Langat.