Articles Tagged ‘Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor - Program Ogos 2016’

Mesyuarat Penyelarasan Dan Tadbir Urus Laman Web PPPN Selangor Bil.3/2016


05 Ogos 2016 (Jumaat) - Mesyuarat Penyelarasan Dan Tadbir Urus Laman Web PPPN Selangor Bil.3/2016 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 5, PPPN Selangor. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Encik Minhad bin Abu Yamin, Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri (Pengurusan) telah membincangkan pelbagai isu menarik mengenai prestasi Laman Web Jabatan sepanjang April hingga Julai 2016.

Dalam meningkatkan sistem penyampaian maklumat/informasi kepada orang awam, syor supaya penggunaan Facebook telah diketengahkan supaya pelbagai informasi/aktiviti Jabatan yang dijalankan boleh dicapai dengan mudah, tepat dan cepat.

Disamping itu, Pengerusi turut menyarankan supaya informasi berkaitan Direktori Pegawai dan Frequently Asked Question (FAQ) perlu dikemaskini supaya maklumat yang disampaikan adalah jelas dan menepati kehendak pengguna.