Articles Tagged ‘Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor - Program Julai 2016’

Majlis Penyerahan Pusat Komuniti Taman Suria Indah


22 Julai 2016 (Jumaat) - Majlis Penyerahan Projek Membina Pusat Komuniti Taman Suria Indah, Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang telah disempurnakan dengan Majlis Penyampaian Kunci yang dihadiri oleh En. Najib Zakuan bin Md. Ali, Pegawai Kemajuan Zon Sabak Bernam & Kuala Selangor. Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Penduduk (JKP) Taman Suria Indah, En. Mohd Musadin Shahmin. Penantian lebih 200 penduduk Taman Suria Indah untuk memiliki dewan komuniti tercapai apabila kemudahan dengan kos RM120,000 dibina di padang permainan.

Sementara itu, ADUN Permatang, YB Datuk Sulaiman Abd Razak menjelaskan, permohonan kemudahan penduduk yang memerlukan sentiasa menjadi keutamaan dan pemantauan ICU juga penting bagi memastikan mana-mana projek untuk rakyat dibina mengikut spesifikasi ditetapkan supaya kemudahan itu dapat digunakan dengan selamat.