Lawatan Pemantauan Projek Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Pengwujudan Centre for Metrology In Chemistry di Jabatan Kimia Malaysia


3 Julai 2018 - Lawatan pemantauan bagi projek Pengwujudan Centre for Metrology in Chemistry di Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya telah diadakan pada 3 Julai 2018 dan diketuai oleh Puan Nurul Faizah binti Hamzah, Ketua Penolong Pengarah bersama-sama Encik Mohd Fairuz bin Md Jani, Penolong Pengarah (Seksyen Pemantauan dan Penilaian, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor). Tujuan lawatan ini adalah memantau projek Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK11) bagi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Turut hadir dalam lawatan ini termasuklah wakil dari Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), wakil dari MOSTI serta wakil dari Jabatan Kimia Malaysia. Hasil daripada taklimat dan lawatan, tujuan utama Makmal ini dibina adalah untuk menyediakan perkhidmatan metrologi dalam bidang kimia untuk tujuan pematuhan prosedur metrologi antarabangsa (Sistem Unit Antarabangsa) yang membolehkan negara bersaing di pasaran global. Ini selaras dengan lantikan menjadi Designated Institute for Chemical Metrology oleh YB Menteri MOSTI pada 21 Januari 2015 dalam bidang forensik, bahan pegawet makanan dan minuman beralkohol di bawah Akta Sistem Pengukuran Kebangsaan 2007.

Jumlah keseluruhan peruntukan bagi projek ini adalah bernilai RM4.45 juta, melibatkan 3 Fasa perancangan yang mengikut tahun bermula dari tahun 2016 sehinggalah tahun 2018. Kaedah pelaksanaan adalah melalui proses runding terus, sebut harga dan tender. Didapati segala urusan projek yang berkaitan untuk Fasa 1 dan Fasa 2 telah pun selesai yang melibatkan perolehan peralatan makmal. Manakala peruntukan bagi tahun 2018 (Fasa 3) masih belum diperolehi menjadikan segala urusan perolehan tidak dapat dilaksanakan buat masa ini. Lawatan berakhir jam 11.30 pagi