Majlis Pelancaran Dan Pengagihan Pelan Perlindungan Mikrotakaful Jariyah Untuk Keluarga eKasih Peringkat Negeri Selangor


29 Mac 2018 -Majlis Pelancaran Dan Pengagihan Pelan Perlindungan Mikrotakaful Jariyah Untuk Keluarga eKasih Peringkat Negeri Selangor

Bertempat di Dewan Rafulin, SMK Raja Muda Musa, Bestari Jaya, Kuala Selangor, satu majlis anjuran Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor dengan kerjasama pihak ibu pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) telah diadakan pada 29 Mac 2018 bagi meraikan seramai 361 orang penerima bantuan Pelan Perlindungan Mikrotakaful Jariyah dari kalangan keluarga eKasih.

Program bantuan ini adalah merupakan satu bentuk program tanggungjawab sosial yang menawarkan satu pelan perlindungan bernilai RM10,000 ke atas keluarga eKasih sekiranya berlaku kematian ke atas Ketua Isi Rumah (KIR) di mana tempoh perlindungan5 tersebut adalah selama 12 bulan mulai 15 Mac 2018 sehingga 14 Mac 2019.

Majlis yang diadakan di Dewan Rafulin ini adalah bertujuan bagi merasmikan program pengagihan bantuan tersebut di peringkat Negeri Selangor di mana majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Sri Dr. Haji Irmohizam bin Ibrahim diiringi Timbalan Ketua Pengarah ICU JPM, YBhg. Datuk Zolkopli bin Dahalan bersama YBhg. Dato' Mohd Rosli bin Ramli (SDO Selangor).