Majlis Penyerahan Bangunan Sekolah Kebangsaan Dengkil, Dengkil, Selangor


3 Januari 2018 -ADUN Dengkil, YB Tuan Shahrum bin Hj. Sharif telah merasmikan Majlis Penyerahan Bangunan Satu Blok Empat Tingkat di Sekolah Kebangsaan Dengkil.

Bangunan itu bagi menggantikan bangunan lama yang telah musnah terbakar pada tahun 2015 yang lalu. Pembinaan bangunan tersebut telah dilaksanakan oleh JKR Daerah Sepang menggunakan peruntukan Kementerian Pendidikan Malaysia.