Lawatan Tapak Membina Semula Sebuah Jambatan Konkrit Dan Kerja - Kerja Berkaitan Di Jalan Sepakat Kg Melayu Bt 16 Rawang


5 Dis 2017 - Lawatan tapak ini bertujuan bagi melihat sendiri kejadian jambatan roboh yang merupakan jalan utama ke beberapa buah rumah di situ. Hasil lawatan juga mendapati terdapat seramai 25 orang dari 7 keluarga termasuk warga emas dan kanak-kanak yang tinggal di situ dan menggunakan jambatan tersebut untuk keluar dan masuk bagi melakukan aktiviti harian. Tanah di tebing juga semakin terhakis dan boleh membahayakan rumah - rumah disekitar itu. Dikhuatiri jika pembaikan segera tidak dilaksanakan kerosakan yang lebih teruk akan terjadi yang boleh mengancam nyawa penduduk di situ.

Buat sementara waktu, penduduk dikawasan tersebut terpaksa menyeberang melalui jambatan roboh tersebut. Turut sama dalam lawatan ini adalah YBhg. Dato' Ir Nasir, Koordinator DUN Taman Templer, Tuan Hj Mohamat bin Nor, Pengerusi JKKKP Kg. Melayu Bt16, Pn. Noor Hafizah binti Amat Janji, Ketua Penolong Pengarah, Unit RMK PPPN Selangor, En. Muhammad Qamaruul Akhyar bin Husin, Pegawai Kemajuan Zon Gombak dan Hulu Selangor dan Cik Farida binti Ramly, Pentadbir Mukim Parlimen Selayang.