PPPN Selangor Awaydays 2017


7-8 Oktober 2017 - KEKSIS telah menganjurkan satu program yang dikenali sebagai PPPN Selangor Awaydays 2017 di Bayou Lagoon Park Resort, Ayer Keroh, Melaka. Program ini telah melibatkan seramai 350 peserta yang terdiri dari kalangan warga kerja dan juga ahli keluarga kakitangan PPPNS. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti Pertandingan Treasure Hunt, Makan Malam PPPNS, Sukaneka dan Cabutan Hadiah Bertuah. Selain itu, pertandingan nyanyian karaoke juga turut diadakan bagi memeriahkan majlis makan malam. Para pemenang pertandingan karaoke telah membawa pulang hadiah berupa wang tunai dan juga hamper. 

“Jom Gegau Melaka” dipilih sebagai tema program PPPN Selangor Awaydays 2017 dengan menjadikan Melaka sebagai destinasi percutian Hari Keluarga PPPN Selangor tahun ini. Melaka yang terkenal dengan tempat-tempat percutian menarik seperti A Famosa, Stadthuys dan Zoo Melaka dapat memberi hiburan kepada mereka yang ingin meluangkan masa hujung minggu bersama keluarga.

Di samping itu, pilihan makanan popular seperti Coconut Shake, Kuih Keria Antarabangsa, Asam Pedas dan Ikan Bakar Umbai pastinya dapat menggamit hati pengunjung yang datang.