Penyerahan Projek Membina Semula Dewan Dahlia B (Blok 4) Dan Pejabat Perbadanan Pengurusan (MC), MP Selayang, Selangor


21 Mei 2017 - Majlis Penyerahan Projek Membina Semula Dewan Dahlia B (Blok 4) & Pejabat Perbadanan Pengurusan (MC), Majlis Perbandaran Selayang, Selangor telah diadakan merangkumi skop kerja membina dan menyiapkan Dewan Serbaguna berkeluasan (15.0 meter x 6.0 meter) termasuk kerja-kerja menurap jalan dihadapan dewan. Projek yang menelan belanja RM 197,500.00 ini adalah untuk kegunaan penduduk Pangsapuri Dahlia B, Selayang menjalankan aktiviti kemasyarakatan.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB. Tan Sri Noh bin Haji Omar, Menteri Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Upacara Menandatangani Dokumen Penyerahan Projek telah disempurnakan oleh Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri Selangor, En. Afandi bin Nordin, Pengerusi Perbadanan Pengurusan Dahlia B (Blok 4), Haji. Hamzah bin Haji Omar, dan Hj. Mohd Yunus bin Md. Akhir selaku kontraktor utama projek ini.