Program Jom Turun Kampung Di Kg. Telok Gong, Port Klang


13 Mei 2017 - Program Jom Turun Kampung menampilkan kolaborasi strategik antara Seksyen PMI/Seksyen Pembasmian Kemiskinan/Unit Khas/Pejabat Kemajuan Zon Klang & Kuala Langat (PPPN Selangor) serta 1M4U dan agensi pemberi bantuan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Giatmara yang bersama-sama turun ke lapangan bersama pemimpin tempatan dalam menyantuni khidmat sosial kepada rakyat.

Beberapa program telah direncanakan dengan baik melalui penyampaian food basket kepada golongan prihatin yang memerlukan, program CSR gotong-royong surau dan huluran Sumbangan Bantuan Baju Raya oleh Kelab Kebajikan & Rekreasi PPPN Selangor (KEKSIS) kepada anak-anak yatim di Pusat Jagaan Baitul Sakinah As-Shariff yang disampaikan oleh Presiden KEKSIS, Encik Afandi bin Nordin merangkap Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri Selangor (Operasi). Sambutan daripada masyarakat ke atas program sebegini mendapat maklumbalas yang sangat positif dan memandang tinggi atas keprihatinan Kerajaan kepada masyarakat setempat. Semoga usaha murni ini berterusan dan mendapat keberkatan dariNya.